A- A A+
Malay English Hindi

Hari Keluarga Pejabat Daerah Dan Tanah Yan

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

Hari Keluarga Yan telah diadakan pada 16 Mei 2015 ( Sabtu ) bertempat di The Carnival, Sungai Petani.

DSC 0999

Majlis bermula kira-kira jam 9.00 pagi dan disertai oleh 54 buah keluarga. Terdapat pelbagai beberapa permainan yang berbentuk sukaneka yang telah dijalankan merangkumi semua peringkat umur dan jantina, dimulakan dengan acara sukaneka untuk anak-anak kakitangan.

DSC 0997

Seterusnya acara untuk kakitangan dan pasangan masing- masing. Cuaca panas terik tidak menghalang hadirin untuk terlibat di dalam setiap acara yang dijalankan. cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan suasana.

DSC 0995

Acara sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di antara kakitangan yang terlibat selain dapat bertukar-tukar fikiran dan bergurau senda. Program sebegini juga dapat memupuk sikap saling saying-menyayangi antara satu sama lain, mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja dan menenangkan fikiran. Majlis berakhir pada jam 2.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Pentadbiran dan seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Scan QR KOD

kod1

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgovRSSicon

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

32411
Hari IniHari Ini5
SemalamSemalam36
Minggu IniMinggu Ini240
Bulan IniBulan Ini808
KeseluruhanKeseluruhan32411

Kemaskini

Tarikh
General update: 28-03-2017 05:37